Lawatan Tapak ke Aonic Subang bagi Tinjauan Reka Bentuk dan Model Dron
Pada hari ini, pihak TPE telah mengadakan lawatan ke Aonic Subang bagi meninjau reka bentuk dan model dron yang bakal dibeli untuk salah satu projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) oleh MIMOS – Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Gunaan Kebangsaan Malaysia.
Dalam projek ini, TPE bertanggungjawab membekalkan dron yang akan digunakan oleh pihak MIMOS bagi fasa ujian seterusnya.
Sepanjang lawatan tersebut, kami berpeluang melihat pelbagai jenis dron termasuk model NEX Lite (20kg) dan Mist Drone (6kg). Lawatan ini turut memberi peluang kepada dua orang pelajar latihan industri dari MARA-Japan Industrial Institute (MJII) yang sedang menjalani latihan di TPE untuk menimba pengalaman serta pendedahan kepada syarikat pembekal dron.
Mereka turut berpeluang melihat secara dekat pelbagai aksesori dron dan komponen tambahan yang digunakan dalam industri.
Selain itu, semasa sesi tinjauan, pihak TPE turut menilai beberapa faktor teknikal dan potensi pengubahsuaian yang diperlukan sebelum proses penghantaran dron dibuat kepada pihak MIMOS bagi tujuan ujian dan penyelidikan.
Lawatan ini bukan sahaja membantu TPE dalam membuat keputusan pembelian yang tepat, malah turut memperkukuh hubungan dengan rakan industri dalam bidang teknologi dron di Malaysia.





.jpeg)
.jpeg)
